Nostalgia Medan Selera

RM90.00

99 in stock (can be backordered)

SKU: 9789671132128 Category:

Description

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat menulis buku masakan Medan Selera dan juga buku Hidangan Terpilih pada tahun 1958, berbekalkan resepi-resepi yang beliau kumpul sepanjang hayat beliau yang telah pun dicuba, diubah dan dijamin keenakannya oleh beliau sendiri. Seperti yang beliau selalu berpesan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba resepi-resipi beliau ini, “Kalau ikut segala peraturan, insyaAllah sedap masakan itu.”

Selepas beliau meninggal dunia, undangan memasak untuk majlis-majlis keraian dan sebagainya telah disempurnakan dan diteruskan oleh isteri beliau.

Allahyarhamah Hajjah Jamaliah, isteri kepada Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori ini telah memanfaatkan ilmu masakan yang diturunkan melalui buku-buku ini dengan terus memasak resepi-resepi ini untuk hidangan harian keluarga sehinggalah akhir hayat beliau. Beliau juga telah memulakan perniagaan rempah ratus yang dibuat sendiri sejak tahun 60an.

Rempah berjenama Al-Johori ini masih lagi dijual hingga kini, diuruskan oleh menantu beliau di premis beralamat 11-G, Jalan Kolam Air, 80100 Johor Bahru.

Pada tahun 1971, salah seorang anak mereka, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Haji Ahmad Yaakub Al-Johori, telah menerbitkan sebuah buku baru Medan Selera yang mana kedua-dua buku terdahulu iaitu Medan Selera dan Hidangan Terpilih telah digabungkan menjadi satu dan ditulis dalam rumi sepenuhnya. Tiada apa-apa perubahan dilakukan pada resepi-resepi asal Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori di dalam buku baru Medan Selera ini.

Tidak lama selepas itu, Allahyarhamah Hajjah Khadijah juga telah menerbitkan sebuah lagi buku yang diberi nama Medan Selera, yang hanya menyenaraikan separuh daripada jumlah resepi daripada edisi yang terdahulu. Ianya lebih ringkas dan padat

Kini tibalah pula masa untuk kita mengembalikan nostalgia resepi-resepi Medan Selera dengan penerbitan baru berjudul Nostalgia Medan Selera.

Resepi-resepi asal kebanyakannya dikekalkan, serta sukatan dan ukuran dipermodenkan, selari dengan arus peredaran zaman, supaya generasi terkini dapat memanfaatkan lagi ilmu yang diturunkan oleh Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori ini hasil usaha cucunda-cucunda beliau:

Puan Hajjah Faizah Aziz-Wells
Puan Hajjah Mariam Asha’ari Becker
Puan Hajjah Halimah Ashari
Puan Faridah Abdul Aziz
Puan Hajjah Hamidah Ashari
Prof. Dr. Hajjah Habibah Ashari
En. Mohd. Zakir Mohd. Zahir

Additional information

Weight 1.00 kg
Author

Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori

Editor

Puan Hajjah Faizah Aziz-Wells, Puan Hajjah Mariam Asha'ari Becker, Puan Faridah Abdul Aziz, Puan Hajjah Halimah Ashari, Prof. Dr Hajjah Habibah Ashari

No. of Pages

216

Book Type

Paperback

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nostalgia Medan Selera”

Your email address will not be published. Required fields are marked *